Tidak Rasmi: PN 'rampas' DUN Pinang Tunggal - Utusan Malaysia

Tidak Rasmi: PN ‘rampas’ DUN Pinang Tunggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pinang Tunggal, Bukhori Ghazali melakar kejutan apabila menang bergaya dengan majoriti besar mengatasi calon Pakatan Harapan (PH), Zainuddin Mohamed.

Bukhori yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kepala Batas menang dengan majoriti 6,928 undi selepas memperoleh 17,060 undi berbanding Zainuddin daripada PKR dengan 10,132 undi.

Kerusi DUN Pinang Tunggal sebelum ini disandang oleh bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman juga daripada PKR. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya