PETALING JAYA: Kedudukan Pakatan Harapan (PH) di DUN Bandar Baru Klang dilihat selesa apabila memperoleh 2,084 majoriti undi setakat ini.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, calon PH, Quah Perng Fei meraih 2,319 undi berbanding calon Perikatan Nasional (PN), Tan Seng Huat memperoleh 296 undi.
Setakat ini, terdapat lapan saluran telah dibuka daripada 143 saluran membabitkan 82,826 pengundi. – UTUSAN