SHAH ALAM: Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) mendahului di Selangor dengan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) meninggalkan Perikatan Nasional (PN) lapan kerusi dalam keputusan tidak rasmi.
Antara kawasan dikuasai ialah Sekinchan, Hulu Bernam, Permatang, Rawang, Sungai Tua, Hulu Kelang, Bukit Antarabanga, Lembah Jaya, Pandan Indah, Kajang, Subang Jaya, Seri Setia, Taman Medan, Kampung Tunku, Bukit Lanjan dan Paya Jaras
Selan itu, gabungan itu turut menguasai Dusun Tua, Semenyih, Sungai Kandis, Kota Kemuning, Selat Klang, Banting, Sijangkang dan Tanjong Sepat.
Sementara PN pula ketika ini Sabak, Sungai Panjang, Sungai Burong, Bukit Malawati, Ijok, Sungai Ramal, Meru, Sementa dan Morib.
Muda pula dalam keputusan tidak rasmi menguasai satu DUN iaitu, Batu Tiga. – UTUSAN