GOMBAK: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Juwairiya Zulkifli memintas calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang.
Juwairiya berjaya meraih sebanyak 3,617 undi meninggalkan bekas Menteri Besar Selangor itu yang mendapat 3,586.
Pertembungan antara Juwairiya dan Mohamed Azmin dilihat sengit, apabila masing-masing cuba mengejar undi.
Mohamed Azmin sebelum ini merupakan penyandang bagi kerusi DUN Bukit Antarabangsa, manakala Juwairiya pula penyandang kerusi DUN Bukit Melawati. – UTUSAN