ALOR SETAR: Calon Perikatan Nasional (PN), Dr. Haim Hilman Abdullah mendahului kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra dengan 20,296 undi setakat pukul 8.10 malam.
Beliau mengatasi calon Pakatan Harapan (PH), Datin Sabrina Ahmad yang hanya mendapat 5,844 undi bagi 64 daripada 111 jumlah peti undi. –UTUSAN