Tidak Rasmi: Exco Selangor wakili PH dijangka pertahan Tanjong Sepat

Tidak Rasmi: Exco Selangor wakili PH dijangka pertahan Tanjong Sepat

BORHAN Aman Shah ketika ditemui pemberita ketika meninjau salah sebuah pusat pengundian di Tanjong Sepat. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Calon Pakatan Harapan, Borhan Aman Shah dijangka mempertahankan kerusi Tanjong Sepat yang dimenanginya pada penggal lalu dengan majoriti lebih 2,000 undi.

Setakat ini, Exco kerajaan Selangor itu memperoleh sebanyak 13,808 undi, mendahului lawannya, Sabirin Marsono mewakili Perikatan Nasional (PN) yang hanya 11,313 undi.

Kerusi N54 itu mempunyai sejumlah 32,312 pemilih yang meliputi sebanyak 60 saluran dan penyandang tersebut tiada masalah menewaskan Yang Dipertua Pas Sepang itu.

Keputusan rasmi mengenai kerusi ini akan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Tanjong Sepat, Khairi Azali Ibrahim di Dewan Komuniti Pantai Sepang Putra di sini.

Ketika Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 lalu, Borhan pertama kali memenangi kerusi itu apabila meraih 9,828 undi dengan memperoleh majoriti selesa sebanyak 2,704 undi

Beliau mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Karim Mansor yang cuma mendapat 7,124 undi manakala calon Pas, Mohd. Haslin Hassan pula dengan sejumlah 4,273 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya