GOMBAK: Melalui keputusan tidak rasmi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mewakili Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang.
Bekas Menteri Besar Selangor itu berjaya mengalahkan calon daripada Pakatan Harapan (PH), Juwairiya Zulkifli selepas memperoleh undi sebanyak 25,597.
Mohamed Azmin Ali berjaya meninggalkan Juwairiya yang memperoleh undi sebanyak 23,980 dengan memperoleh majoriti undi sebanyak 1,617.
Untuk rekod, Mohamed Azmin sebelum ini merupakan penyandang bagi kerusi DUN Bukit Antarabangsa, manakala Juwairiya pula penyandang kerusi DUN Bukit Melawati.-UTUSAN