Tidak perlu panggil saya ‘datin’, tak beri kelebihan apa-apa - Intan Najuwa - Utusan Malaysia

Tidak perlu panggil saya ‘datin’, tak beri kelebihan apa-apa – Intan Najuwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun sudah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk, pelakon Intan Najuwa enggan dipanggil ‘Datin’.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd Wahid, 26, lebih selesa jika rakan terdekat dan kenalan mengekalkan gelaran ‘Intan’ seperti sebelum ini.

“Jujurnya saya rasa agak canggung bila orang panggil saya Datin. Saya masih Intan yang biasa seperti sebelum ini.

“Saya rasa orang perlu kekalkan panggilan Intan, tak perlu panggil Datin sebab bagi saya gelaran Datin itu tidak membawa apa-apa kelebihan.

“Kawan-kawan pun saya marah bila mereka panggil saya Datin,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Intan lagi, dia masih berlajar untuk menjadi seorang isteri yang baik buat suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman.

“Jika sebelum ini banyak pilihan saya putuskan sendiri, kini semuanya perlu mendapat keizinan dan perbincangan dengan suami.

“Ibu pun turut ingatkan bahawa saya sudah bersuami. Jadi, apa-apa kena minta izin suami,” katanya yang turut mendedahkan menghidangkan asam pedas ayam sebagai santapan pertama buat suami.

Sebelum ini, Intan Najuwa selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman, 39, dengan sekali lafaz pada 18 Ogos yang lalu.

Pelakon Tak Sempurna Mencintaimu itu menerima mas kahwin bernilai RM20,000 dan juga hantaran bernilai RM222,000. Angka dua menjadi pilihan sebagai lambang tempoh perkenalan antara mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya