The Swatch Group (Malaysia) dibenar cabar rampasan koleksi jam tangan Pride

The Swatch Group (Malaysia) dibenar cabar rampasan koleksi jam tangan Pride

NIZAM Bashir tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi prosiding kebenaran semakan kehakiman The Swatch Group (Malaysia) berhubung rampasan jam tangan. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat pengimport dan penjual jam tangan, The Swatch Group (Malaysia) Sdn. Bhd. dibenar oleh Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi untuk mencabar tindakan pihak berkuasa merampas 172 jam tangan Koleksi Pride yang dikaitkan dengan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas permohonan kebenaran semakan kehakiman itu tidak dibantah oleh Kerajaan Malaysia. Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Nizam Bashir yang mewakili syarikat tersebut manakala pihak kerajaan diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan Farah Shuhada Ramli.

Pada 24 Jun lalu, Swatch Malaysia memfailkan permohonan semakan kehakiman atas alasan rampasan 172 jam tangan itu tidak sah kerana barangan itu bukan sebuah ‘penerbitan’ yang boleh dilarang dalam Akta Mesin Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.

Pemohon menamakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan KDN, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai responden pertama hingga keempat.

Menerusi permohonan itu, syarikat berkenaan menyatakan, istilah penerbitan merujuk kepada dokumen, surat khabar, buku atau sebarang bahan dalam bentuk bercetak berdasarkan akta itu.

Pemohon juga mendakwa tindakan responden dilakukan atas motif politik yang tidak wajar. Pemohon mendakwa jam tangan yang disita tidak mempromosikan apa-apa gejala seksual, namun hanyalah ekspresi menyeronokkan mengenai keamanan dan cinta.

Katanya, jam tangan dari reka bentuk 2023 adalah satu daripada enam warna pelangi dan hanya kelihatan di sebahagian kecil gelung jam berkenaan. Sehubungan itu, The Swatch Group (Malaysia) memohon satu perintah certiorari dan mandamus untuk membatalkan notis penyitaan dan mengembalikan jam tangan berkenaan serta ganti rugi yang dianggarkan RM64,795.

Pada 13 dan 14 Mei lalu, KDN menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri dan merampas 172 jam jam tangan Koleksi Pride mengandungi sembilan reka bentuk bertemakan pelangi yang sering dikaitkan dengan komuniti LGBT.

Serbuan selama dua hari diadakan di butik Swatch yang terletak di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley Megamall, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo KL, Queensbay, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah.

Lima lagi butik diberi amaran iaitu di Kuala Terengganu City Centre, AEON Kota Bharu, Aman Central Kedah, City Square dan Viva City Kuching. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya