Tewas tiga kerusi, BN Negeri Sembilan akan segera lakukan post-mortem - Utusan Malaysia

Tewas tiga kerusi, BN Negeri Sembilan akan segera lakukan post-mortem

JALALUDDIN Alias ketika ditemui pemberita di Wisma UMNO Negeri Sembilan malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan melakukan post-mortem susulan kekalahan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini.

Tiga kerusi berkenaan adalah Bagan Pinang, Gemas dan Serting.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, post-mortem itu akan dilakukan secepat mungkin.

“Soal punca kita belum tengok lagi, saya akan tengok dan lihat dengan lebih terperinci, post-mortem akan dibuat secepat mungkin, tengok sebab dan punca kekalahan di kerusi yang diwakili oleh BN.

“Isyarat awal diberikan adalah kerana kami tidak dapat sokongan daripada tentera, akan buat post-mortem,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma UMNO Negeri Sembilan di sini malam ini.

Ditanya mengenai isu jawatan Menteri Besar, Jalaluddin berkata perkara itu diluar bidang kuasanya dan menyerahkan ia kepada kepemimpinan parti.

“Soal itu bukan urusan dan kuasa saya, soal Menteri Besar itu saya serahkan kepada pemimpin kita. Banyak kemungkinan akan berlaku itu saya serahkan kepada presiden dan ketua parti untuk buat keputusan,” katanya lagi.

Dalam pada ketika ditemui di Kuala Klawang sebelum itu, Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu memberitahu akan mengadakan pertemuan segera dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di dalam Parlimen itu. 

Beliau yang turut memenangi kerusi DUN Pertang berkata, pertemuan itu bertujuan mengatur strategi dan gerak kerja pembangunan dan pembelaan rakyat sebaik saja diberi mandat dalam PRN hari ini.

“Amat penting bahawa apa yang dijanji sebelum PRN sama ada manifesto negeri atau manifesto kawasan masing-masing mesti ditunaikan dan dilaksanakan oleh semua wakil rakyat daripada Kerajaan Perpaduan.

“Masa untuk berpolitik telah tamat dan semua wakil rakyat mesti mula bekerja seawal 13 Ogos menjalankan tugas dan pembelaan kepada rakyat,” katanya.

Jalaluddin sementara itu ketika berucap pada majlis pengumuman kemenangan PH dan BN malam ini, berkata, beliau turut berterima kasih kepada rakyat Negeri Sembilan yang telah memberikan mandat besar kepada parti Kerajaan Perpaduan untuk membentuk kerajaan di Negeri Sembilan.

“Terima kasih kepada semua jentera BN dan PH  yang bekerja kuat memenangkan 31 kerusi, ini menunjukkan persefahaman BN dan PH dan memerlukan kita untuk menjalankan gerak kerja lebih baik untuk kepentingan rakyat bagi lima tahun akan datang,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya