Terima banyak komen lucah, Riena Diana padam gambar - Utusan Malaysia

Terima banyak komen lucah, Riena Diana padam gambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Riena Diana, 25, bertindak memadam semua hantaran di laman Instagramnya selepas menerima banyak komen lucah.

Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, mendedahkan keputusan itu diambil kerana merajuk dengan warganet bersikap biadap meninggalkan banyak komen berbaur lucah di media sosialnya.

“Selepas artikel tersebut terbit, saya terima banyak mesej dan komen lucah seperti bertanya saya suka jenis ranjang bagaimana.

“Sekarang ini, saya merajuk dengan anda yang menulis komen. Disebabkan itu, saya padam semua gambar dalam akaun Instagram, tak mahu kongsi apa-apa lagi,” katanya dalam video berkenaan.

Pelakon Kampung People itu juga sempat menjelaskan kenyataan kesudiannya melakonkan babak ranjang bagi memenuhi tanggungjawab sebagai pelakon yang telah menimbulkan salah faham.

“Saya cakap, saya akan buat babak ranjang sekiranya skrip dan pengarah suruh.

“Tapi tidak keterlaluan kerana kita di dalam negara Islam. Pernah ada yang lakukan aksi begitu dan tular sampai tak boleh keluar televisyen. Jadi, tidak mungkin akan ada aksi ranjang yang keterlaluan.

“Saya ada keluarga yang masih tengok drama-drama saya. Takkanlah saya nak malukan ibu bapa saya?” katannya.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan Riena bersedia menjayakan adegan ranjang dalam sesebuah naskhah dengan syarat ia mestilah signifikan dan bukanlah sekadar sendalan atau dijadikan ‘modal’ melariskan drama atau filem.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya