Terengganu isytihar cuti peristiwa Ahad ini - Utusan Malaysia

Terengganu isytihar cuti peristiwa Ahad ini

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju untuk mengisytiharkan cuti peristiwa pada Ahad ini sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), esok.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr.  Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat bagi memudahkan pengundi dari luar Terengganu yang bekerja di Terengganu untuk pulang ke tempat mengundi di Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Pengumuman ini juga mengambil kira tugasan dan bagi memudahkan kakitangan kerajaan negeri yang bertugas sehingga lewat malam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di seluruh negeri pada hari pengundian.

“Kerajaan negeri berharap pengumuman ini akan dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada semua yang dalam hati pengundian esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini, petang tadi.

Terengganu mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parti yang memperolehi majoriti mudah sekurang-kurangnya 17 kerusi boleh menubuhkan kerajaan negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya