Tempoh reman suspek terlibat kematian pemandu teksi dilanjutkan - Utusan Malaysia

Tempoh reman suspek terlibat kematian pemandu teksi dilanjutkan

ANGGOTA polis memeriksa teksi milik mangsa, Mohd. Latif Idris yang ditemukan mati dalam kereta tersebut di Seberang Takir, Kuala Nerus, baru-baru ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis mendapat perintah dilanjutkan tempoh reman suspek dipercayai terlibat dengan kematian seorang pemandu kereta sewa di Kampung Seberang Takir pada minggu lalu, sehingga 24 Ogos ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, perintah reman itu dikeluarkan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini pagi tadi.

Menurut beliau, suspek yang berusia 29 tahun itu terdahulu direman tujuh hari sejak Jumaat lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

“Suspek sebelum ini turut cedera dalam kejadian itu dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSZN) sebelum dibenarkan keluar beberapa hari lalu.

“Lelaki berkenaan kemudian ditahan di lokap dan pihak polis telah memohon lanjutan perintah reman daripada mahkamah hari ini bagi meneruskan siasatan.

“Mahkamah membenarkan suspek ditahan reman tujuh hari lagi sehingga 24 Ogos ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian Khamis lalu, pemandu kereta sewa, Mohd. Latif Idris, 51, ditemukan mati di tempat duduk belakang kenderaannya dalam keadaan berlumuran darah akibat kesan luka di bahagian leher.

Pihak polis yang menerima maklumat pada pukul 10.56 malam itu turut menjumpai seorang lelaki tempatan iaitu suspek di kerusi pemandu selain sebilah pisau turut dirampas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya