Tak semua filem lama perlu dibuat semula - Othman Hafsham

Tak semua filem lama perlu dibuat semula – Othman Hafsham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Pengarah dan penerbit berpengalaman, Othman Hafsham berpandangan tidak semua filem lama perlu diadaptasi semula sama ada diolah atau dibuat penceritaan semula (reboot). 

Katanya, hanya naskhah tertentu atau bersifat klasik wajar diangkat semula ke layar perak kerana Hollywood juga melakukan perkara sama. 

“Saya rasa boleh (reboot) tetapi jangan banyak sangat. Contohnya filem klasik boleh dibuat semula. 

“Seingat saya, Steven Spielberg (pengarah filem Hollywood) pun buat begitu juga, Ada filem muzikal lama berusia 40 tahun diangkat semula ke layar perak,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.  

Jika diberi peluang menghasilkan karya tersebut, Othman berkata, dia akan memilih naskhah Antara Dua Darjat arahan Tan Sri P.Ramlee dan S.Sudarmaji untuk diangkat semula ke layar perak.  

Mengulas filem seram berjudul Rahsia yang pernah dihasilkan Othman pada 1987 sehingga dinobatkan sebagai filem terbaik semasa Festival Filem Malaysia Ke-7, katanya, ketika itu dia mencabar diri sendiri untuk menghasilkan naskhah lain daripada yang lain. 

“Saya buat sebab hendak cabar diri sendiri menghasilkan filem seram. Ia bukan kisah benar tetapi fiksyen semata-mata. 

“Dulu saya pentingkan tema cerita dan persembahan setiap pelakon supaya dapat menghadirkan perasaan minat penonton terhadap naskhah seram tempatan,” katanya. 

Rentetan kejayaan itu, anaknya, Shamyl Othman mengambil langkah berani dengan melakukan penceritaan semula filem itu (versi reboot). 

Menurut Othman, berbanding filem asalnya, filem terbaharu itu melakukan sebanyak 70 peratus perubahan selain jalan cerita yang berbeza. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya