Tak sempat balik, saya ada urusan di KL - Sanusi jawab isu keselamatan

Tak sempat balik, saya ada urusan di KL – Sanusi jawab isu keselamatan

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor (tengah) bersama penduduk Felda ketika menyertai perlawanan persahabatan bola sepak di Padang Awam Felda Teloi Timur, Jeneri di Sik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menjelaskan faktor keselamatan sehingga beliau tidak dapat menghadiri ceramah adalah berkaitan kebimbangan ketika berada di atas jalan raya.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau berada di Kuala Lumpur sejak pagi semalam dan tidak sempat bergegas pulang untuk menyertai program yang diatur.

“Kelmarin (semalam) tu pasal ada di KL (Kuala Lumpur), lepas itu kita nak bergegas balik tak sempat, dia (parti) kata bawa perlahan-lahan lah. Keselamatan, hat (yang) tu ja keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai perlawanan persahabatan bola sepak antara Pilihan Menteri Besar dan Pilihan Felda Teloi Timur, Jeneri di sini sebentar tadi.

Muhammad Sanusi ditanya mengenai dakwaan beliau dihalang daripada memberi ucapan dalam ceramah-ceramah PN kerana faktor keselamatan.

Terdahulu, Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, Muhammad Sanusi telah dinasihatkan untuk tidak hadir ke Ceramah Mega PN yang berlangsung di Padang Awam Taman Ria, Sungai Petani, malam tadi.

“Ini kerana ada perangkap yang dipasang oleh musuh, perangkap itu mengkehendaki Menteri Besar kita masuk ke dalam itu, (kemudian) dia pegang dan buat sesuatu kita tak jangka, jadi dalam waktu ini kita kena bersedia segala kemungkinan,” katanya.

Kelmarin, calon PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu turut tidak hadir ke program Sembang Santai di Padang Awam Taman Serai Wangi di Padang Serai.

Sementara itu, Muhammad Sanusi memaklumkan beliau tidak tahu-menahu mengenai dakwaan penangkapan terhadapnya oleh pihak berkuasa seperti yang digembar-gemburkan pelbagai pihak.

“Saya takda tahan diri sendiri, orang lain saya tak tau lah, yang itu kena tanya orang lain. Saya mana tau kalau depa nak tangkap saya,” katanya.

Mengulas dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa reaksi ditampilkan PN dan beliau sebagai cubaan mencipta simpati atau ‘play victim’, Muhammad Sanusi mengiyakan perkara itu.

“Saya memang mangsa pun, depa mai kacau saya. Saya mangsa penipuan, mangsa spin, mangsa dikelirukan fakta. (Walhal) saya ada fakta yang jelas, kita bercakap dari laporan agensi dan jabatan (kerana) itu saja fakta kita ada.

“Yang dia pi kot tu, kot ni itu memangsakan saya. Rakyat memang suka kat Pas pun, bukan pasal simpati, depa suka perjuangan Pas,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya