Surat larang Abdul Hadi masuk Saudi disahkan palsu

Surat larang Abdul Hadi masuk Saudi disahkan palsu

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kenyataan yang tular mendakwa kononnya Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilarang keras untuk memasuki Arab Saudi disahkan adalah palsu.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar yang menerima pengesahannya daripada Kedutaan Arab Saudi.

“Saya sudah menghubungi Timbalan Duta Besarnya di Kuala Lumpur, Dr. Saleh Ali Ismail Bedaiwi yang mengesahkan ia sebagai tidak benar,” katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan kumpulan terakhir jemaah haji negara ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Semalam, tular surat yang kononnya diterbitkan Kementerian Luar Arab Saudi di Riyadh bertarikh semalam mendakwa pemimpin pembangkang tersebut tidak lagi dibenarkan memasuki negara berkenaan kerana mengamalkan ideologi ekstrem dan menyokong gerakan Syiah.

Terdahulu, Wisma Putra turut mengesahkan kandungan surat layang itu sebagai palsu.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, beliau tidak mengetahui sama ada penyebaran surat palsu itu ada kaitan dengan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika ini, namun menyifatkan kaedah sebegini tidak sihat.

Justeru, beliau mengajak semua parti politik termasuk calon bertanding agar berkempen secara berhemah tanpa fitnah, sebaliknya lebih menyampaikan agenda parti terhadap kemajuan masyarakat setempat.

Beliau turut menyeru jentera kempen parti supaya tidak pula menjatuhkan maruah lawan dengan naratif negatif sehingga boleh memecahbelahkan kesatuan rakyat.

Abdul Hadi pernah dilantik sebagai Duta Khas ke Timur Tengah ketika era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin meliputi 18 buah negara di rantau Asia Barat dan Afrika Utara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya