SEPANG: Suasana hiba menyelubungi majlis tahlil ringkas untuk arwah Heikal Aras Abdul Azim, 45, di kediaman keluarganya di Desa Pinggiran Putra, di sini, ketika ini.
Majlis itu disertai lebih 50 orang termasuk ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan arwah Heikal yang mula berkumpul di kediaman itu sejak pukul 9 pagi tadi.
Difahamkan, jenazah Heikal ketika ini masih berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan dijangka dibawa ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang untuk disembahyangkan.
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, Putrajaya tengah hari ini.
Arwah Heikal adalah salah seorang daripada 10 mangsa yang maut nahas dalam pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, petang Khamis lalu. – UTUSAN