Suami maut, isteri parah nahas empat kenderaan - Utusan Malaysia

Suami maut, isteri parah nahas empat kenderaan

KERETA Perodua Myvi dinaiki pasangan suami isteri yang terlibat nahas di persimpangan lampu isyarat MRSM Lenggong semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENGGONG: Seorang lelaki maut manakala isterinya parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di persimpangan lampu isyarat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong di sini semalam.

Mangsa yang maut pemandu Perodua Myvi dikenali Shaharudin Osman, 65, manakala isterinya, Asmawati Yahaya, 53, parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong, Farizul Anuar Razali berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 5.02 petang.

Katanya, kemalangan membabitkan kereta dinaiki pasangan suami isteri itu dengan tiga buah kenderaan iaitu Perodua Aruz, Toyota Avanza dan lori tangki.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati terdapat dua orang mangsa tersepit di dalam kereta Perodua Myvi. Seorang lelaki yang duduk di bahagian pemandu parah dan disahkan maut oleh pegawai perubatan.

“Operasi mengeluarkan mangsa tersepit segera dijalankan dengan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya di sini.

Menurut beliau, mangsa yang cedera dipercayai isteri pemandu Perodua Myvi itu diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan kecemasan.

Katanya, dalam kejadian itu, pemandu tiga kenderaan lain cedera ringan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 6.15 petang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya