Suami isteri jual donut raih pendapatan RM12,000 sebulan - Utusan Malaysia

Suami isteri jual donut raih pendapatan RM12,000 sebulan

HAAYUL Hadman dan Muhammad Alif Yahya menunjukkan donut yang dijual di Felda Bukit Waha, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Sepasang suami isteri membuktikan usaha gigih mengusahakan perniagaan menjual donut akhirnya berhasil apabila mampu menjana pendapatan RM12,000 sebulan.

Haayul Hadman, 25, dan suaminya Muhammad Alif Yahya, 26, dari Felda Bukit Waha yang meminati perniagaan pembuatan kek dan roti kini merupakan peniaga sepenuh masa.

“Sebelum ini saya be­kerja makan gaji tetapi selepas berkahwin, saya dan suami sepakat untuk sama-sama membuka perniagaan donut yang diproses di rumah mentua. Kami menggunakan empat hingga lima kilogram tepung sehari untuk diuli. Kami akan mula memproses pada pukul 9 pagi hingga 4 petang dan mula berjualan pada pukul 5 petang.

“Syukur alhamdulillah sambutan terhadap donut kami sungguh baik apabila lebih 200 keping yang dibuat setiap hari, kadangkala habis dalam tempoh setengah jam,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Haayul berkata, selain dijual di kedai, ia turut dipasarkan menerusi vendor di Bandar Penawar dan Kota Tinggi.

Menurutnya, bagi menghasilkan donut yang lembut dan enak bukan sesuatu yang mudah dan perlu melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berulang kali.

“Saya sebelum ini belajar sendiri membuat donut dan juga terus belajar lagi dengan seorang guru. Dengan pengalaman dan ilmu diperoleh, saya campurkan kedua-dua ilmu untuk R&D.

“Tidak dinafikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) suatu ketika dahulu ramai pengusaha donut muncul, namun ramai yang tidak bertahan lama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya