HULU TERENGGANU: Sepasang suami isteri di Kampung Nibong, dekat sini, berdepan detik cemas apabila diikat kedua-dua tangan dan diacu parang oleh sekumpulan penyamun bertopeng yang memecah masuk rumah mereka, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, Azlan Shah Mat Room, 36, dan isterinya, Zaleha Mamat Don, 34, kerugian sejumlah wang tunai serta barang kemas dianggarkan bernilai lebih RM40,000. Katanya, kejadian berlaku semasa dia bersiap untuk tidur dan terkejut didatangi enam individu bertopeng serta bersenjata tajam di depan pintu biliknya. “Saya tidak sempat berbuat apa-apa. Mereka meluru masuk ke dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya