Stadium mini Kampung Gajah terbiar

Stadium mini Kampung Gajah terbiar

SEKUMPULAN remaja melihat keadaan padang Stadium Mini Kampung Gajah yang dinaiki semak. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Stadium mini Kampung Gajah di sini yang sepatutnya menjadi padang bola sepak dan aktiviti riadah kepada penduduk khususnya golongan belia didapati terbiar sehingga dinaiki semak.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, padang di stadium itu dinaiki semak sehingga tidak boleh digunakan untuk bermain bola sepak.

Lain-lain kemudahan di situ seperti pondok rehat, meja, bangku, laluan pejalan kaki juga didapati banyak yang sudah rosak.

Difahamkan, keadaan itu sudah berlarutan sejak 10 tahun lalu menyebabkan golongan remaja tiada tempat untuk beriadah khususnya bermain bola sepak.

Sebelum ini kawasan stadium itu dikatakan menjadi tumpuan orang ramai beriadah bersama keluarga pada sebelah petang dan dihiasi dengan landskap yang cantik.

Seorang remaja berusia 16 tahun yang hanya mahu dikenali Safei berkata, dia kecewa melihat keadaan stadium itu yang semak sedangkan dia dan rakan sebaya yang lain memerlukan padang yang sesuai untuk bermain bola sepak dan lain-lain aktiviti sukan.

Rakannya yang dikenali Radzi juga kecewa kerana tidak dapat bermain bola sepak dan berharap stadium mini itu dibaik pulih untuk kegunaan remaja dan penduduk di sini. “Setiap hari saya dan kawan-kawan datang ke stadium ini untuk bermain bola sepak tapi kami ha­nya dapat bermain di gelanggang futsal yang terdapat di sini, namun keadaan gelanggang futsal tidak begitu baik.

“Kalau padang di stadium ini dibersihkan seperti dulu, dapat juga kami bermain di sini. Saya dan rakan-rakan berharap padang ini dapat dibersihkan untuk kami golongan muda bermain bola sepak.

“Saya percaya jika stadium ini dibaik pulih, ia akan kembali menjadi tumpuan orang ramai untuk berekreasi di sini,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya