SPRM kesan suspek isu rasuah projek berkaitan boimetrik pekerja asing

SPRM kesan suspek isu rasuah projek berkaitan biometrik pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan isu rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Suruhanjaya itu dalam kenyataan memaklumkan, pelbagai usaha dilakukan pihaknya termasuk berhubung terus dengan kedua-dua penama dan peguam masing-masing, namun mereka masih gagal menghadirkan diri ke pejabat SPRM.

Individu pertama, Muhammad Adlan Berhan, 48, mempunyai alamat terakhir di Lot 65, Sunway Kiara Hills, Jalan 32/70A Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur, manakala individu kedua, Mansoor bin Saat, 69, beralamat terakhir di 5 Jalan SS19/1C Subang Jaya, Selangor.

“Hasil semakan SPRM dengan Jabatan Imigresen Malaysia, kedua-dua penama berkenaan telah meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei lalu serta tiada rekod masuk kembali ke negara ini,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terlibat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Nur Muhammad Amin Jamaluddin di talian 603-88700799 atau 016-4322 699 atau emel kepada [email protected]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya