SPR bincang tarikh mengundi PRK DUN Pelangai Khamis ini

SPR bincang tarikh mengundi PRK DUN Pelangai Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat pada Khamis ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, SPR menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berhubung kekosongan luar jangka kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun pada 17 Ogos lalu.

“Selaras dengan Bab IV Perkara 26 (5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang memperuntukkan kekosongan luar jangka kerusi N.36 itu perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata, Mesyuarat Khas PRK itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berhubung tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian dan Daftar Pemilih yang akan digunakan.

Ini termasuk lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut akan dibincangkan.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN