Speaker DUN Sarawak, pemangku TYT Sarawak

Speaker DUN Sarawak, pemangku TYT Sarawak

Awang Asfia Mohd. Nasar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Awang Asfia Mohd. Nasar dilantik sebagai Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak mulai hari ini. 

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg  berkata, lantikan itu berkuat kuasa bagi tempoh 16 Ogos hingga 17 September tahun ini. 

“Lantikan ini (Tan Sri Awang Asfia Mohd Nasar) berkuat kuasa dari 16 Ogos 2023 hingga 17 September 2023.

“Atas sifat yang sedemikian boleh menggunakan dan menjalankan segala kuasa yang terletak pada Yang di-Pertua Negeri dan mempunyai, segala hak kelbihan dan kedaulatan yang sah semasa menyandang kuasa tersebut,” katanya dalam satu upacara rasmi Majlis Angkat Sumpah TYT pemangku TYT Sarawak di sini hari ini. 

Lantikan pemangku tersebut berikutan ketiadaan Tun Abdul Taib Mahmud yang kini masih dalam proses pemulihan kesihatan di luar negara. 

Abdul Taib Mahmud sebelum ini dilaporkan berada di Turkiye untuk bercuti sebelum berhadapan masalah kesihatan dan menjalani prosedur pembedahan.

Asfia, 75 sebelum ini pernah dilantik sebagai pemangku Yang di-Pertua Negeri pada 1 Disember 2019 hingga 11 Januari 2020. 

Beliau juga pernah menjadi wakil rakyat apabila dipilih bagi kawasan DUN Serdeng selama tiga penggal mulai tahun 1991 hingga 2006.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya