Slam: Sekadar konsert atau showcase? - Utusan Malaysia

Slam: Sekadar konsert atau showcase?

KONSERT Slam Nurkasih di Zepp Kuala Lumpur . / M Firdaus M Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEUPAYAAN Zamani menyampaikan persembahan sehingga rangkap akhir lagu membuktikan dia masih layak beraksi di atas pentas.

Kesihatannya makin stabil walaupun tidak dapat berdiri tegak sepenuhnya. Kelihatan membongkok, namun tidak menjejaskan keseluruhan penyampaian.

Kebimbangan segelintir peminat vokalis kumpulan Slam itu akan kecundang atau ‘pancit’ semasa dua jam persembahan di Zepp Kuala Lumpur, 6 Ogos lalu, terjawab, apabila acara berlangsung baik sehingga penghujung.

Tidak dinafikan Zamani melakukan sedikit kesilapan semasa awal persembahan sehingga kelihatan sedikit tergelincir apabila lari pitching dan tempo semasa lagu Kembali Merindu dan Biarkannya.

Memasuki lagu Buat Seorang Kekasih dan Suratan, persembahan berlangsung harmoni dan penonton tidak ganjak berdiri demi melihat kumpulan yang ditubuhkan sejak 1991.

Lebih 50 peratus lagu-lagu yang didendangkan seperti Maria Mariana, Tak Mungkin Berpaling, Mentari Muncul Lagi dan Kembali Terjalin daripada album kedua, adalah seleksi malar segar dan sing along sehingga kini.

Selain Zamani, Slam dianggotai oleh Shah, Eddie, Man dan Lili yang sudah tiga dekad berkecimpung dalam arena muzik.

Tidak hairanlah apabila setiap kali mengadakan persembahan pentas, mereka sentiasa mendapat sambutan hangat daripada peminat setia.

Untuk rekod, Slam merealisasikan konsert sempena ulang tahun ke-30 di Singapura, pada 10 Jun lalu.

MUZIK HEALING

Hati saya terasa tenang, asyik dan mendamaikan apabila untaian lagu menembak tepat di sanubari.

Kalau ada kisah percintaan yang menyedihkan, pasti terkenang dan terubat tatkala mendengar lagu Slam.

Slam memang istimewa sejak zaman meledak daripada album kedua berjudul Kesan Terbukti. Punya pengikut setia sampai detik ini.

Bahkan, Slam berjaya ‘merasuk’ penonton dalam lingkungan umur 20 hingga 30 an hadir. Sedangkan rata-rata mereka bukannya generasi yang membesar dengan Slam.

Selain Zamani, sebenarnya nama Shah Slam yang dijerit-jerit peminat, entah kerana paras rupa atau aksi bermain gitar meresap jiwa pendengar.

Secara keseluruhan, untuk ruang sebesar Zepp KL yang boleh memuatkan 2,414 kapasiti, boleh dibanggakan.

Cuma, adakah malam itu layak digelar konsert atau sekadar showcase?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya