Skim Insan: MB nafi maklumat peribadi rakyat bocor - Utusan Malaysia

Skim Insan: MB nafi maklumat peribadi rakyat bocor

Skim Insan
AMIRUDIN Shari dalam sidang akhbar khas pengumuman portfolio exco Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri nafikan berlaku kebocoran maklumat peribadi dalam Skim Insurans Am Selangor (Insan) seperti yang tular dalam media sosial, pengesanan maklumat individu yang dikesan adalah pra pendaftaran.

Proses tersebut didakwa dilakukan melalui perolehan maklumat data awam yang didapatkan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memudahkan urusan pendaftaran dan menjimatkan masa.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, data tersebut dibenar untuk digunakan bagi tujuan perlindungan insurans namun, penerima notifikasi perlu mengesahkan pendaftaran mereka sekiranya berminat mendapatkan polisinya.

“Mereka kena mengesahkan dengan gambar swafoto, kad pengenalan dan sebagainya untuk mengesahkan pendaftaran mereka. Jadi, ketika mereka mengesahkan, mereka termaktub dan terangkum dalam sistem tersebut. 

“Tetapi nanti, saya minta pihak berkenaan untuk menjelaskan bagaimana akses awam kepada polisi yang belum sempurna, sepatutnya ia diserahkan kepada para penerima untuk dapat,” katanya dalam sidang akhbar khas pengumuman portfolio exco, hari ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial dikatakan maklumat peribadi rakyat di negeri ini didakwa disalah guna bagi tujuan pendaftaran Skim Insan termasuklah individu yang sudah meninggal dunia.

Dalam pada itu, Amirudin menjelaskan, kaedah pra pendaftaran tersebut sebelum ini sudah dimaklumkan dalam mesyuarat exco pada penggal yang lepas oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

“Kita pernah berhubung dengan SPR dan mereka sebutkan maklumat ada dalam data pemilik itu boleh gunakan dan kita ambil mengikut tahap umur tertentu. 

“Tetapi pihak beliau akan jelaskan dan kita akan memantapkan kawalan untuk mengelak perlanggaran terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) dan sebagainya, apa yang berlaku sebenarnya adalah pra pendaftaran, jadi kalau tak mahu, tak perlu ambil polisi atau sahkan data dan sebagainya,” jelasnya.

Malah, katanya lagi, tuduhan mengatakan kerajaan negeri sengaja mengaut keuntungan melalui perolehan itu sebagai dana pilihan raya adalah berniat jahat walaupun dilontarkan dalam bentuk soalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya