Sita barangan tiruan pelbagai jenama

Sita barangan tiruan pelbagai jenama

AZMAN Ismail (tengah) menunjukkan barangan tiruan yang dirampas semasa sidang media di Pejabat KPDN  di Kota Bharu, Kelantan hari ini.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU:  Sebanyak 7,569 unit barangan tiruan pelbagai jenama bernilai RM117,707 disita dalam operasi berasingan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan di sekitar di sini dua hari lalu.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, operasi bersama syarikat cap dagang itu melibatkan rampasan pakaian, beg, topi, tali pinggang, jam, tablet, cermin mata dan aksesori pelbagai jenama terkenal.

“Operasi ini hasil maklumat yang diperoleh dari pihak cap dagang berkait dengan pelanggaran itu.

“Barangan jenama tiruan yang disita itu turut dikesan dijual dalam talian,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat KPDN di sini hari ini.

Azman memberitahu, kes  disiasat mengikut Seksyen 102 (1) (c) dan 100 (1) (b) Akta Cap Dagangan  2019.

Katanya, KPDN negeri memberi amaran kepada mana-mana individu atau peniaga yang menjual barangan jenama tiruan terkenal supaya menghentikan dengan segera.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan tersebut dan seterusnya akan berhadapan dengan tindakan denda dan mahkamah.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menyalurkan kepada pihak berkuasa,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya