Siswazah IPT perlu jauhi rasuah

Siswazah IPT perlu jauhi rasuah

TRANSFORMASI di bawah POLI Digital akan menyediakan ekosistem pengajaran dan pembelajaran lebih fleksibel kepada pelajar di kesemua 36 politeknik. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Para siswazah institusi pengajian tinggi (IPT) yang akan memasuki pasaran pekerjaan selepas menamatkan pengajian mereka dinasihat supaya sentiasa berpegang dengan nilai integriti yang tinggi.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Alias Salim berkata, mereka perlu mencari pekerjaan yang baik dan menjauhi amalan rasuah ketika menjalankan tugas mereka.

Menurutnya, amalan rasuah satu jenayah yang bukan sahaja merosakkan mereka tetapi juga boleh memusnahkan negara.

“Empayar Melayu Melaka jatuh kerana pemimpinnya terbabit dengan rasuah,” katanya selaku tetamu kehormat pada sesi kedua Majlis Konvokesyen Ke-24 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAAS) di sini kelmarin.

Majlis tersebut berlangsung dua hari melibatkan 1,571 graduan yang berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah, diploma dan sijil di politeknik tersebut.

Dalam pada itu kata Alias yang turut menyampaikan sijil kepada graduan terlibat, beliau berbangga dengan kebolehpasaran yang tinggi graduan politeknik tersebut yang mengikuti pengajian berasaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menurutnya, graduan ijazah politeknik tersebut mencapai kebolehgraduan sehingga 100 peratus manakala diploma 98.3 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya