SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Dr. Mohammad Fahmi Ngah antara tiga nama yang dihantar oleh Pakatan Harapan (PH) kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk dilantik sebagai Menteri Besar. Selain Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari turut dicalonkan ialah bekas Exco kerajaan negeri, Borhan Aman Shah yang juga ADUN Tanjong Sepat. Mingguan Malaysia difahamkan, ketiga-tiga nama tersebut dihantar sebagai formaliti untuk mencadangkan kepada baginda bagi melantik Menteri Besar mewakili PH yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu. Bagaimanapun nama Ketua Pegawai Eksekutif…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya