Si cilik dua beradik edar Jalur Gemilang di Bunker Cafe - Utusan Malaysia

Si cilik dua beradik edar Jalur Gemilang di Bunker Cafe

MESKIPUN baharu berusia 8 dan 5 tahun, namun dua beradik sudah menyemai semangat patriotisme dalam diri yang tinggi apabila mengambil inisiatif mengedar Jalur Gemilang kepada para pelanggan di The Bunker Cafe, Batas Liku di Arau, Perlis semalam.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Meskipun baharu berusia 8 dan 5 tahun, namun dua beradik sudah menyemai semangat patriotisme dalam diri yang tinggi apabila mengambil inisiatif mengedar Jalur Gemilang kepada para pelanggan di The Bunker Cafe, Batas Liku di sini semalam.

Dua beradik tersebut, Nur Hana Amani Hazrol Hafiz, ,8, dan adiknya Nur Hanan Qairina,5, dibantu sepupu mereka, Muhammad Irfan Rizqi Izlizan,10, mengedar 100 Jalur Gemilang kepada pelanggan di kafe bapanya itu.

Keletah kanak-kanak comel yang mengedar Jalur Gemilang tersebut turut menarik perhatian para pengunjung yang kemudiannya bersama-bersama mengibar bendera serta menyanyikan lagu kemerdekaan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pemilik The Bunker Cafe, Hazrol Hafiz berkata, pihaknya mengambil inisiatif mengedar Jalur Gemilang tersebut bagi bersama-sama menyemarakkan sambutan bulan Kebangsaan.

Katanya, dua anaknya juga antara yang cukup bersemangat dan cukup teruja untuk mengedar Jalur Gemilang tersebut.

“Para pelanggan juga dilihat cukup bersemangat dalam bersama-sama mengibar Jalur Gemilang tersebut. Insya-Allah kita akan meneruskan inisiatif seperti ini pada masa-masa akan datang.

“Ia juga sebagai antara penyuntik semangat menjelang sambutan kemerdekaan dan dalam usaha bersama menyuntik semangat patriotisme dalam kalangan rakyat negeri ini sekali gus memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini,” katanya.

Tambah Hazrol Hafiz, selain mengedar bendera Malaysia, dia juga mengambil inisiatif menghias kafenya yang beroperasi sejak beberapa bulan lalu itu dengan Jalur Gemilang.

Dalam pada itu, Nur Hana Amani pula berkata, dia cukup teruja dalam menyambut hari Kebangsaan pada setiap tahun dan kali ini berpeluang mengedarkan Jalur Gemilang.

“Seronok dapat mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang ramai dan semua orang bersama-sama mengibar Jalur Gemilang itu sekali gus menyemarakkan lagi sambutan hari Kebangsaan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya