Seri Paduka zahir takziah pemergian ADUN Pelangai, kehilangan

Seri Paduka zahir takziah pemergian ADUN Pelangai, kehilangan besar untuk Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun termasuk sembilan individu yang maut apabila jet eksekutif terhempas berdekatan kawasan perumahan Elmina, Seksyen U16, di sini petang tadi.

Seri Paduka berdua menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian mengejut beliau serta sembilan mangsa yang lain dan berharap supaya seluruh keluarga mereka sabar dan tabah menghadapi dugaan itu.

Selain itu, Seri Paduka berdua bertitah amat menghargai sumbangan Allahyarham kepada negeri Pahang, khususnya dalam memperjuang masyarakat desa dan luar bandar.

“Allahyarham merupakan seorang rakan yang akrab dengan Seri Paduka dan keluarga.

“Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada negeri Pahang Darul Makmur dan juga kepada Seri Paduka berdua,” titah Seri Paduka menerusi hantaran di Facebook Istana Negara, malam ini.

Pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi pukul 2.08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan pukul 2.40 petang.

Allahyarham Johari daripada Barisan Nasional (BN) menang di DUN Pelangai, Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tahun lalu, dengan majoriti 4,048 undi.

Beliau menewaskan tiga calon lain daripada Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Allahyarham mendapat undi sebanyak 7,308 di kawasan itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya