Seo Seonung berterima kasih kepada rakan sepasukan - Utusan Malaysia

Seo Seonung berterima kasih kepada rakan sepasukan

SEO Seonung (kanan) memakai topeng ketika beraksi menentang Penang FC dalam perlawanan Liga Super di Ipoh kelmarin. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Demi Perak, penyerang Seo Seonung sanggap menanggung kesakitan ketika beraksi menentang Penang FC di Stadium Perak, kelmarin.

Nyata pengorbanannya berbaloi apabila dia menyumbang satu gol dalam kemenangan 3-1 Perak itu.

“Kejayaan ini atas usaha kami semua sepasukan. Tanpa bantuan rakan dan pegawai pasukan tidak mungkin saya dapat beraksi akibat patah hidung,” katanya.

Menurut Seonung, dia mengambil keputusan beraksi selepas berlatih bersama pasukan sehari sebelum perlawanan kerana menyedari Bos Gaurus perlukan kemenangan.

“Semasa latihan saya tidak menanduk bola tinggi kerana hidung masih terasa sakit. Pada perlawanan ini, saya tanduk bola sekali sahaja. Mujur tidak ada apa-apa berlaku,” katanya.

Pada aksi kelmarIn, Perak meneruskan langkah cemerlang apabila membenam Penang FC 3-1.

Perak mendahului menerusi jaringan ketua pasukan, Luciano Guaycochea pada minit kelima, disusuli gol Wan Zack Haikal pada minit ke-23.

Pelawat merapatkan jaringan pada minit ke-74 menerusi Muhammad Alif Ikmalrizal Anuar.

Seo Seonong yang beraksi dengan memakai topeng menjaringkan gol ketiga tuan rumah pada minit ke-75. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya