PUTRAJAYA : Kesemua enam negeri mencatatkan peratusan keluar mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini melebihi 90 peratus dengan Terengganu dan Kedah merekodkan tertinggi sebanyak 93 peratus setakat pukul 3 petang tadi.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan undi awal di Negeri Sembilan dan Selangor masing-masing mencatatkan 91 peratus, manakala Kelantan dan Pulau Pinang sebanyak 90 peratus.
Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu pula merekodkan 92 peratus. – UTUSAN