Semarak Merdeka UMW Grantt tawar diskaun, promosi menarik

Semarak Merdeka UMW Grantt tawar diskaun, promosi menarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, UMW Grantt International Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat milik penuh Kumpulan UMW serta pengeluar minyak pelincir Grantt Stellar akan mengadakan kempen Semarak Merdeka di bengkel Maxipura Sdn. Bhd, Shah Alam pada 26 Ogos ini.

Kempen tersebut bagi menghargai semua pihak termasuk pelanggan yang setia menggunakan rangkaian milik pelincir UMW Grantt iaitu salah satu jenama yang dipercayai di Malaysia.

Menariknya, sempena kempen itu, pihak UMW Grantt turut menyediakan pelbagai aktiviti dan promosi istimewa kepada semua bermula Selasa lalu sehingga 15 Oktober depan.

Antara aktiviti yang akan dilaksanakan pada 26 Ogos nanti, termasuklah servis penukaran minyak pelincir oleh mekanik terlatih di Maxipura dan sesi ramah mesra bersama ‘influencer’ pakar dalam bidang automotif iaitu Abang Gan daripada portal, Pandu Laju.

Selain itu, pihak UMW dengan kerjasama Media Mulia Sdn.Bhd. sebagai media rasmi, turut menyediakan acara sampingan seperti persembahan ‘busker’ dan pelbagai trak makanan yang turut disediakan untuk pengunjung yang hadir.

Pelbagai juadah juga disediakan secara percuma kepada pengunjung antaranya sate bersama kuah kacang, cendol dan burger bagi memeriahkan suasana nanti. Pengunjung juga turut berpeluang bertemu dengan maskot ‘Mamak Cyber’ dan ‘Kapten Kosmo’ di sana.

Paling istimewa pada hari tersebut adalah semua pengunjung yang hadir akan diberikan baucar pembelian produk rangkaian minyak pelincir Grantt Stellar, salah satu produk premium oleh kumpulan UMW, dari Malaysia untuk Malaysia bernilai RM30. Malah, pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik di samping mencanting batik yang disediakan.

Aktiviti mencanting yang bermotifkan kemerdekaan itu adalah sebahagian daripada program untuk menyemarakkan bulan kemerdekaan serta memupuk semangat cintakan pada negara.
Justeru, orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara yang akan bermula 10 pagi dan dijangka berakhir 3 petang itu.

Pengurus Besar UMW Grantt International Sdn Bhd, Iskandar Mohamed Salleh berkata, Kempen Semarak Merdeka bukan sahaja akan mempamerkan kualiti dan prestasi pelincir UMW Grantt tetapi juga berfungsi sebagai platform untuk mempromosikan perjalanan yang selamat dan boleh dipercayai.

“Kami memahami kepentingan keselamatan jalan raya, terutamanya pada musim perayaan dan cuti panjang apabila keluarga berkumpul untuk meraikannya bersama-sama. Oleh itu, menerusi kempen dan acara yang akan dijalankan, ia akan menyerlahkan kepentingan pemanduan yang bertanggungjawab.

“Selain itu, ia turut menyerlahkan peranan yang dimainkan oleh pelincir premium dalam memastikan perjalanan yang lancar serta selamat untuk semua.

“Malah, acara yang disediakan juga bukan sahaja mengenai minyak pelincir, tetapi adalah tentang meraikan warisan Malaysia kita di samping mengajak semua untuk menghayati erti kemerdekaan dan memupuk penglibatan masyarakat serta mencipta kenangan yang berkekalan untuk semua yang hadir,” katanya.

Selain kemuncak kempen pada 26 Ogos nanti, UMW Grantt International Sdn. Bhd. turut menyediakan pelbagai promosi ke atas pembelian minyak pelincir di bawah kumpulan tersebut. Antaranya, pelanggan akan mendapat sebuah beg galas Grantt percuma menerusi pembelian minyak pelincir Grantt Stellar 8000 Sintetik Penuh (Fully Synthetic), manakala bagi pembelian minyak pelincir Grantt Stellar 5000 Synthetic Blend (Campuran Sintetik) pula akan mendapat ‘pouchbag’ secara percuma.

Bagi pembelian minyak pelincir Grant Stellar 1000 Premium Mineral pula, pelanggan akan mendapat ‘drawstring bag’ sebagai tanda sokongan terhadap jenama Grantt Stellar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya