Selepas 15 tahun, BN bakal sebahagian kerajaan Pulau Pinang

Selepas 15 tahun, BN bakal anggotai kerajaan Pulau Pinang

BN bakal anggotai kerajaan DAP di Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DAP bersetuju seorang wakil Barisan Nasional (BN) dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejajar semangat Kerajaan Perpaduan yang kekal mentadbir negeri itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

Perkara itu bermakna salah seorang wakil BN akan menyertai kerajaan negeri yang diterajui PH buat kali pertama selepas 15 tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan sebulat suara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung semalam.

“DAP menerajui Pulau Pinang menerusi Ketua Menteri kita daripada parti DAP, satu-satunya negeri diterajui Ketua Menteri daripada DAP.

“CEC bersetuju kita cadangkan kepada Ketua Menteri untuk melantik seorang ahli exco daripada UMNO mewakili BN sebab ada dua calon BN yang menang di Pulau Pinang, maka kita akan lantik wakil BN untuk menduduki dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP semalam.

Pada PRN Pulau Pinang, dua kerusi dimenangi BN ialah di DUN Bertam menerusi Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan DUN Sungai Acheh yang diwakili Rashidi Zinol.

Sebelum PRU12, Kerajaan Pulau Pinang pernah ditadbir BN, namun pada 2008 menyaksikan parti itu tewas kepada parti gabungan DAP-PKR yang kekal menguasai pentadbiran negeri itu hingga ke hari ini.

Dalam pada itu, Siew Fook berkata, DAP memberi komitmen akan kekal dalam kerajaan perpaduan bersama Umno walaupun ada cadangan daripada seorang pemimpin parti itu yang mahu kerjasama dua parti itu dikaji semula.

Katanya, suara itu hanyalah cadangan individu bukannya datang dari pucuk pimpinan Umno.

Kelmarin, Ahli Majlis Tertinggi (MT), Isham Jalil mendesak kepimpinan tertinggi UMNO mempertimbang kerjasama dengan DAP, selepas keputusan buruk direkodkan parti itu pada PRN Sabtu lalu.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya