Selangor lepasi sasaran perolehan RM2 bilion - Utusan Malaysia

Selangor lepasi sasaran perolehan RM2 bilion

RM2 bilion
AMIRUDIN Shari bersama sebahagian exco dalam sidang akhbar pertama selepas pembentukan kerajaan negeri dekat Bangunan SSAAS di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perolehan Selangor dilaporkan melepasi sasaran RM2 bilion pada Jumaat lalu iaitu lebih awal berbanding sasaran seperti ditetapkan dalam Belanjawan 2023 dan diunjurkan mencapai sehingga RM2.4 bilion pada hujung tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, unjuran lebihan sehingga akhir tahun ini dijangka berdasarkan perkembangan semasa kemasukan pelaburan dan potensi sedia ada.

“Kita tengok apa yang ada dalam pipeline, tetapi biasanya akan ada surplus coming terutamanya pelabur-pelabur yang datang dan sebagainya jadi saya boleh anggarkan minimum kita boleh dapat RM2.3 hingga RM2.4 bilion.

“Tetapi, untuk capai RM2.5 bilion tak mustahil, saya tak mahu terlalu bercita-cita sebab biasanya urusan tanah ada sequent, kadang-kadang akan selesai dan landing pada tahap tertentu jadi ini yang kita kena tengok,” katanya ketika ditemui pemberita dalam sidang akhbar pertamanya, hari ini.

Terdahulu beliau hadir dalam Perhimpunan Penjawat Awam Selangor pada hari pertamanya memasuki pejabat sebagai Menteri Besar bagi kerajaan negeri penggal ke-15 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) selepas mengangkat sumpah jawatan itu semalam.

Dalam pada itu, Amirudin turut mengulas teguran Sultan Selangor Sultan Sharafuddin semalam yang menzahirkan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi yang disifatkan perlahan berbanding negeri lain termasuk Pulau Pinang.

Menurutnya, anjakan yang berlaku dalam ekonomi Selangor melibatkan peralihan daripada sektor pembuatan kepada perkhidmatan sekitar 0.6 dan 0.7 peratus.

“Pelaburan alhamdulillah adalah baik, yang disebut oleh baginda semalam adalah nilai export dan import, memang ada sedikit anjakan program ekonomi dalam Selangor, sebahagiannya ekonomi kita sudah beransur kepada ekonomi perkhidmatan.

“Jadi, pembuatan kita memang agak stagnant (tidak berganjak) dekat satu tahap berbanding dengan Pulau Pinang (sektor pembuatan) dalam elektrik dan elektronik yang paling besar makin lama makin meningkat sebab ekosistemnya begitu,” jelasnya.

Katanya lagi, sektor perkhidmatan di negeri ini dilaporkan mampu menyerap kesan kelembapan ekonomi yang dihadapi dunia ketika pandemik Covid-19, bagaimanapun tidak menolak pandangan pakar supaya Selangor elak daripada berubah terlalu drastik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya