Sekolah khas murid miskin tidak praktikal walaupun tujuan baik

Sekolah khas murid miskin tidak praktikal walaupun tujuan baik

ANUAR AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Langkah mewujudkan sekolah khas untuk murid miskin dilihat tidak praktikal meskipun usaha itu baik dan bertujuan menyediakan akses pendidikan kepada golongan tidak kemampuan.

Pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, dua aspek perlu diambil kira untuk merealisasikan hasrat tersebut antaranya kemampuan kewangan kerajaan di samping tempoh diperlukan untuk membina sekolah khas berkenaan.

Katanya, malah kewujudan sekolah dilihat dapat memisahkan anak-anak untuk berinteraksi dengan pelbagai murid dengan ia terhad kepada satu kumpulan tertentu sahaja.

“Mampukah kerajaan sedia sekolah ini? Bila bercakap golongan miskin tegar, terdapat ratusan ribu murid daripada kumpulan ini? Sedangkan belanjawan baru-baru ini kerajaan boleh bina tujuh sekolah baharu.

“Mungkin diperlukan banyak sekolah untuk menampung murid miskin di samping mengambil masa panjang, sekali gus sukar dilaksanakan, bimbang jadi slogan sahaja seperti Sekolah Sejahtera, akhirnya tidak berfungsi,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang merintis sekolah khas untuk golongan paling miskin. Ia akan lebih berkonsepkan kepada jenis sekolah menengah sains dan sekolah menengah berasrama penuh.

Anuar berkata, meskipun usaha kerajaan merupakan satu cadangan baik namun sejauh mana ia praktikal untuk direalisasikan untuk membantu murid yang tidak kemampuan.

“Saya lihat secara prinsip mesti dan wajib anak-anak mendapat peluang dan tidak boleh dibezakan, sekali gus menjadi tanggungjawab menyediakan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata, justeru itu lebih baik kerajaan menyalurkan peruntukkan untuk memperbaiki sekolah daif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN