Sejam pertama undi awal, Kedah tertinggi - Utusan Malaysia

Sejam pertama undi awal, Kedah tertinggi

Undi awal
ABDUL Ghani Salleh ditemui pemberita selepas melawat pusat pengundian awal IPK Selangor di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kedah mencatatkan peratusan kumpulan awal keluar mengundi yang tinggi iaitu sekitar 23 peratus berbanding Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu iaitu 17 hingga 22 peratus sejak pusat pengundian awal dibuka pukul 8 pagi tadi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, prestasi tersebut diharap dapat dikekalkan untuk memastikan kumpulan pengundi awal yang terdiri daripada polis dan tentera itu melepasi 97 peratus seperti dicatatkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Untuk sejam pertama kira-kira 17 peratus untuk Selangor, ada negeri yang tinggi sampai ada 23 peratus, saya nampak prestasi ini berbagai-bagai, jadi insya-Allah dengan sambutan yang meriah ini saya berharap pada pengundi awal akan mencapai pengundi yang tinggi.

“Setiap negeri berbeza-beza ada yang 20, 22 dan 23 peratus. Paling tinggi di Kedah pada sejam pertama sehingga pukul 9 pagi tadi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau pusat pengundian awal di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Beliau menambah, pengundian melibatkan orang awam pada 12 Ogos nanti juga diharap mencatatkan peratusan orang keluar mengundi yang tinggi seperti PRU15 apabila 86 peratus pengundi melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Seramai 49,660 tentera dan 47,728 polis bersama pasangan masing-masing keluar boleh mengundi pada pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini di 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu, seramai 26,553 pegawai dan anggota serta pasangan polis serta 8,000 pasukan tentera di Selangor mengundi pada hari pengundian awal PRN hari ini.

Menurutnya, kesemua mereka mengundi di 68 pusat mengundi seluruh Selangor yang membuka 93 saluran.

“Memang arahan diberikan, sebagai rakyat Malaysia dan sebagai pegawai dan anggota polis, memang kita wajib melaksanakan tanggungjawab kita untuk mengundi, begitu juga dengan orang awam.

“Insya-Allah, saya yakin peratusan mengundi akan tinggi. Yang lepas ada 97 peratus keluar mengundi, Insya Allah kali ini mungkin kita akan dapatkan lebih,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya