Saya tidak pernah telefon tauke judi untuk minta duit - Amirudin

Saya tidak pernah telefon tauke judi untuk minta duit – Amirudin

AMIRUDIN Shari bersama calon BN DUN Dengkil, Noorazli Said ketika turun berkempen pada siri Ceramah Kita Selangor di Dataran Sadiman, Bukit Changgang, Sepang. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: “Saya tidak pernah telefon tauke judi untuk minta duit,” kata Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan dibuat Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard semalam.

Amirudin yang juga calon DUN Sungai Tua itu menjelaskan berhubung isu skandal tanah RM10 bilion mengaitkan dirinya dengan Berjaya Land Bhd. milik taikun Tan Sri Vincent Tan itu bahawa ia tiada elemen penyelewengan.

“Sebab apa mereka (Perikatan Nasional) nak bangkitkan sekarang sebab isu itu sudah sampai ke akar umbi dan saya sudah terangkan prosesnya, malah tiada apa-apa penyelewengan dan skandal.

“Mereka tuduh kita ada kerjasama dengan syarikat tauke judi. Saya ingin jelaskan bahawa yang minta itu bukan kita, sebaliknya mereka.

“Sebelum ini, Yang Dipertua Pas Tanjung Karang, Ustaz Dr. Mohd Zamri Mohd Zainuldin dalam ceramah pernah mengakui mereka meminta derma daripada Vincent.

“Ustaz itu cakap terbuka dalam ceramah. Dalam ucapannya, dia cakap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang jarang telefon orang, dia telefon Vincent minta derma pilihan raya. Halal terus duit Vincent.

“Saya tak cakap, ustaz mereka yang cakap. Tak tahu lah kalau ustaz menipu, takkan ustaz pun menipu,” katanya ketika berucap pada siri Ceramah Kita Selangor di Dataran Sadiman, Bukit Changgang di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Chegubard membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian projek bernilai RM700 juta tanpa tender oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada syarikat dimiliki taikun terkemuka.

Chegubard juga mendakwa akan mendedahkan salinan surat sulit Kerajaan Negeri Selangor dalam skandal tanah RM10 bilion dan projek tanpa tender RM700 juta yang boleh dinyahklasifikasi apabila terbentuknya kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN