Saya tak perlukan lori, baju pelik untuk popular - Zainal Abidin

Saya tak perlukan lori, baju pelik untuk popular – Zainal Abidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi berpengalaman, Zainal Abidin, 62, menyindir sikap artis baharu yang suka mencari kontroversi demi menuai populariti sekelip mata.

Zainal atau nama sebenarnya Zainal Abidin Mohamed berkata, sikap sedemkian adalah satu kesilapan besar yang kelihatan begitu terdesak hendak menjadi popular dalam industri muzik.

“Mereka ini terdesak hendak kejar likes, followers dan subscribers. Namun, apabila tak dapat semua itu mulalah rasa kecewa dan akhirnya kemurungan.

“Itu yang terpaksa naik lori dan pakai baju pelik. Ada pula yang sanggup buka baju dan bertelanjang supaya dipandang orang.

“Sebetulnya adalah asah bakat sebaiknya dan kejar untuk menghasilkan produk yang bagus, baru populariti dan kemewahan akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, bekas vokalis Headwind itu berpandangan syarat bagi mana-mana artis untuk mengadakan konsert solo pertama mereka adalah mempunyai sekurang-kurangnya tujuh lagu hits.

“Bukan setakat satu lagu hits dan selebihnya nyanyi lagu orang lain. Bagaimana orang ramai mahu sanjung dan menghargai bakat anda, sedangkan sudah bayar tiket sampai mencecah ribuan ringgit?

“Anda mesti mempunyai minimum tujuh lagu hits untuk dinyanyikan dalam tempoh sejam persembahan. Semua peminat yang hadir tahu lagu tersebut dan mereka boleh menyanyikan bersama,” katanya.

Bapa dua anak itu bakal menjayakan Zainal Abidin Tiba Masa Live Concert 2023 yang bakal diiringi 22 pemuzik di Panggung Sari, Istana Budaya pada 29 dan 30 September depan.

Konsert berjudul Tiba Masa itu juga bertujuan memperkenalkan single baharu yang akan dilancarkan pada 4 September depan.

Single Tiba Masa dicipta oleh Michael Veerapen dan lirik oleh Mukhlis Nor yang merupakan kesinambungan daripada lagu Hijau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya