'Saya dapat berita insiden arwah anak di kumpulan WhatsApp'

‘Saya dapat berita insiden arwah anak di WhatsApp’

BAPA kepada arwah juruterbang Heikal Aras, Abdul Azim Aras menahan sebak ketika ditemui di rumahnya di Sepang. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Arwah Heikal Aras Abdul Azim, 45, juruterbang yang maut dalam ‘nahas Elmina’ petang semalam dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, Putrajaya hari ini.

Difahamkan, jenazah kini sedang melalui proses pengecaman oleh adik arwah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Perkara itu disahkan bapa arwah, Abdul Azim Aras, 76, ketika ditemui di rumahnya di Desa Pinggiran Putra, di sini pagi ini.

Abdul Azim ketika ditemui berkata, dia mendapat berita insiden itu kira-kira pukul 4 petang semalam menerusi perkongsian di Facebook dan kumpulan Whatsapp.

Katanya, dia akui masih terkejut deng pemergian arwah, namun redha dengan ketentuan Allah S.W.T.

“Arwah adalah anak kedua daripada lima beradik dan arwah juga adalah bapa tunggal kepada tiga orang anak,” katanya.

Katanya, arwah anaknya itu sebelum ini pernah bertugas di AirAsia dan Vietnam Air sebelum diberhentikan ketika pandemik Covid-19 dan menyertai Jet Valet Sdn. Bhd.

Jelasnya lagi, tiga anaknya adalah juruterbang termasuk arwah, anak keempat dan anak kelima.

Abdul Azim juga adalah veteran Utusan Melayu dan meninggalkan akhbar itu sekitar 1977 sebagai wartawan kanan sebelum menyertai akhbar Suara Rakyat dan Mingguan Rakyat.

Turut menziarahi arwah termasuk beberapa veteran Utusan Melayu, Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar yang juga rakan Abdul Azim selain Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri, Rozaid Abdul Rahman.

Rozaid ketika ditemui berkata, beliau hadir pada hari ini mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya