Saya bukan tidur tujuh bulan - Anwar

Saya bukan tidur tujuh bulan – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya bukan tidur tujuh bulan , kita kerja.”

Demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ada yang masih mempersoalkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Menurut Anwar, kerajaan antaranya sedang berusaha menoktahkan kemiskinan tegar tahun ini, memberi perhatian kepada sekolah-sekolah termasuk tandas yang rosak dan kotor.

Selain itu, katanya, kerajaan juga memberi peruntukan kepada kuartes polis, Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM), dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Malah, katanya, kerajaan juga meningkatkan harga getah ke RM2.70 sekilogram dan memberi kemudahan tambahan kepada pesawah padi.

“Kita cuba buat sebaiknya untuk rakyat. Saya bukan tidur tujuh bulan, kita kerja.

“Yang dia (pembangkang) tiga tahun dia buat apa? Saya tanya Bersatu dan Pas duduk dalam kerajaan buat apa selain daripada naik judi dari lapan ke 22,” katanya dalam ceramah politik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan , malam ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, segala yang sedang dibuat itu berikutan kerajaan mempunyai kuasa pada masa ini.

“Ini (bukannya) bila ada kuasa bagi pada anak, bini dan menantu berbilion-bilion. Apabila hilang kuasa ‘saya nak tolong Melayu’ itu pun ada yang percaya.

“Masa dia perintah pasaipa tidak buat? Masa kamu perintah tak fikir ini semua, bila hilang kuasa nak hidup Melayu.

“Ini masalah kompleks, kalau kamu korup, kamu tak cerdik, kamu akan takut orang lain. Tapi kalau kita bersih, betul-betul tolak rasuah, tak payah beli kita, hang Tun kah, hang ada bilion kah, saya tak kisah,” ujarnya.

Atas sebab itu, Anwar berkata, beliau juga memberi peringatan kepada menteri, menteri besar dan exco dalam kerajaan perpaduan akan ‘diterajang keluar’ sekiranya mempunyai bukti sahih salah guna kuasa atau rasuah.

“Zalim apa? Masalah nadir bumi di Kedah, itu salah saya kah? Kamu singgung Sultan Selangor salah saya kah? Yang lapor siapa? Dewan Diraja, yang minta ampun siapa? Ketua Pas Selangor. Apa titah Tuanku? Tak puas hati, tak selesai.

“Kemudian yang tangkap siapa? Polis. Yang dakwa siapa? Peguam Negara (tapi) yang salah? Anwar Ibrahim.

“Kalau mulut celupar, esok kamu tanggung. Kamu tuduh Amiruddin (Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pakat dengan (Tan Sri) Vincent Tan, Berjaya Land (jadi) saya beritahu dengan segera (supaya) saman dan kemudian Berjaya pun saman.

“Saudara, orang-orang yang langgar tata susila, hilang adab, fitnah orang…biar dia jawab di mahkamah dan kalau salah…bilik saya di Sungai Buloh masih kosong. Siapa putuskan? Bukan saya, itu Hakim putuskan,” jelasnya.

Pada masa sama, Perdana Menteri meminta semua pihak termasuk parti dan calon bertanding supaya usah memaki hamun dalam berpolitik terutamanya dalam tempoh berkempen enam pilihan raya negeri (PRN).

“Dengar ceramah hari-hari Anwar khianat, Anwar bodoh. Malam dua hari sudah, Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘PM ini bodoh, orang (pentokong) Allahuakbar.

“Jadi saya nak nasihat, jangan sombong sangat, yang bagi kritik tak apa. Bukan saya buat semua betul, (maka) boleh tegur dan boleh bagi pandangan, tapi jangan hina bodoh…penipu.

“Saya orang Islam, agama tidak ajar kerana warna kulit (atau) kerana kaum. Kalau dia buat betul sokong, apa salahnya,” jelasnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya