Sasar 200 botol minyak hitam kereta Grantt terjual

Sasar 200 botol minyak hitam kereta Grantt terjual

ANAS Nasrun Mohd. Osman (tiga, kiri) bersama kakitangan UMW M&E menunjukkan minyak hitam jenama Grantt dalam program Semarak Merdeka di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: UMW M&E Sdn. Bhd. mensasarkan untuk menjual 200 botol minyak hitam kereta jenama Grantt dalam program Semarak Merdeka, hari ini.

Pengarah Urusan Kumpulan UMW M&E, Anas Nasrun Mohd. Osman berkata, 200 botol itu berdasarkan 200 keping baucer yang disediakan pihaknya pada program hari ini.

“Alhamdulillah setakat ini, lebih kurang 50 botol sudah terjual dan kami optimis untuk mendapatkan jualan 200 botol tersebut.

“Kupon berkenaan akan membolehkan pengunjung mendapat pengurangan sebanyak RM30 untuk setiap botol minyak hitam kereta,” katanya dalam pelancaran program Semerak Merdeka di hadapan Pusat Servis Kereta Maxipura Sdn. Bhd. (Maxipura) di Seksyen 13, di sini hari ini.

Menurutnya, minyak hitam Grantt merupakan produk keluaran tempatan yang turut mendapat pengiktirafan daripada SIRIM.

Justeru itu, Anas Nasrun mengajak orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan baucer berkenaan, dengan baucer itu boleh digunakan sehingga 25 September ini.

Dalam pada itu, kira-kira 200 pengunjung yang hadir ke program ini, yang turut dimeriahkan dan diacarakan oleh pelakon popular, Bell Ngasri dan pempengaruh popular, Abg Gan@Pandulaju.

Program Semarak Merdeka bermula hari ini sehingga 16 September ini, iaitu hari Malaysia.

Salah seorang pengunjung, Nur Syuhadah Abdul Halim, 37, beliau gembira dapat hadir program itu kerana dapat memperoleh baucer untuk membeli minyak hitam itu.

Dia yang tinggal di Seksyen 13, Shah Alam itu bercadang untuk menggunakan minyak hitam itu pada servis kereta selepas ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya