Sarawak pergiat memelihara hutan simpan sebagai rizab alam

Sarawak pergiat usaha memelihara hutan simpan sebagai rizab alam semula jadi

KUCHING
Kuching destinasi pelancongan termurah di Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Bukit Siol di kawasan Petra Jaya, Sarawak kini dalam proses diwartakan sebagai rizab alam semula jadi, seterusnya akan ditanamkan spesies pokok asli seperti Belian dan Nyatoh dengan keluasan 108 ekar.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mededahkan kawasan itu nanti akan dikawal selia di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan bangunkan sebagai kawasan hijau dan tanaman termasuk bunga di tempat kawasan hutan strategik.

ABANG Johari (duduk tengah) selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-35 Hari Bandaraya Kuching di Perkarangan Square Tower, Tebingan Waterfront Kuching hari ini.

Usaha penanaman pokok itu akan diuruskan oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dengan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak (JHS), di mana kita akan menanam semua spesies pokok asli di kawasan strategik.

“Ia akan seperti Hyde Park di kota London, kawasan rizab itu kelak akan dijaga supaya tidak ada pembangunan yang boleh menjejaskan alam sekitar dikawasan itu, kita akan melantik pakar landskap tujuan mereka bentuk kawasan tersebut,” katanya ketika ditemui media selepas hadir merasmikan sambutan ulang tahun ke-35 Hari Bandaraya Kuching di Perkarangan Square Tower, Tebingan Waterfront Kuching hari ini.

Rizab alam semula jadi lain di Sarawak termasuk Hutan Simpan Sama Jaya di Stutong di bawah seliaan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Hutan Simpan Bukit Lima di Sibu, Hutan Simpan Piasau di Miri dan Hutan Simpan Bukit Sembiling di Limbang.

Justeru itu Abang Johari berkata usaha berkenaan bagi memastikan semua kawasan bandar di negeri ini mempunyai tempat reakrasi, selain bertujuan mempertahankan kehijauan di tengah-tengah bandar raya negeri ini.

“Justeru itu, semua bandar-bandar di Sarawak akan mempunyai rizab alam semula jadi untuk khusus buat penduduk dan kita akan terus memelihara alam semula jadi setiap bandar.

“Pembangunan di sekitarnya akan diselia oleh Jabatan Perancang Negeri Sarawak (SPA) supaya tidak banyak bangunan tinggi dan ketinggian bangunan akan turut dihadkan,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya