Sanusi maklumkan beliau angkat sumpah MB pagi esok

Sanusi maklumkan beliau angkat sumpah MB pagi esok

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memaklumkan beliau dijadual akan menjalani upacara mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah pada pukul 10 pagi esok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu memberitahu perkara tersebut pada penghujung ucapannya sempena Himpunan Mandat Rakyat di Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut, sebentar tadi.

Penjelasan tersebut sekaligus menamatkan spekulasi bahawa terdapat calon lain yang akan dinamakan sebagai Menteri Besar Kedah baharu selepas PN memenangi 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) yang berakhir semalam.

“Tuan-tuan sekalian, saya dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada pukul 10 pagi esok di Istana Anak Bukit,” katanya di sini, malam ini.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan majlis pelantikan serta upacara mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah akan berlangsung pagi esok.

Majlis tersebut dijadualkan berlangsung di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah kira-kira pukul 10 pagi di Balai Menghadap Besar Istana Anak Bukit.

Difahamkan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Norizan Khazali telah menghadap Sultan Sallehuddin di pejabat Sultan Kedah, pagi tadi bagi mempersembahkan nama calon Menteri Besar Kedah.

Muhammad Sanusi juga dijangka membuat sidang akhbar pertama beliau selepas majlis mengangkat sumpah jawatan itu di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman pada pukul 11.30 pagi esok.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut mengumumkan keputusan parti itu untuk menamakan semula Muhammad Sanusi sebagai calon Menteri Besar sekiranya PN menguasai Kedah. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya