Sanusi disaman berhubung Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG)

Sanusi disaman berhubung Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG)

VINCENT TAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan dan salah sebuah syarikat miliknya, Berjaya Land Berhad memfailkan saman terhadap bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Noor.

Saman tersebut difailkan pada 6.31 petang, 8 Ogos lalu melalui firma guaman, Tetuan Tetuan Pierre Chuah & Associates di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Menurut surat tuntutan bertarikh 4 Ogos lalu, Muhammad Sanusi diberi masa sehingga tamat waktu bekerja, 8 Ogos lalu untuk meminta maaf dan membayar ganti rugi RM200 juta.

Gagal berbuat demikian, Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri itu akan dikenakan tindakan saman.

Semakan pada sistem mahkamah mendapati, kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes pertamanya pada 4 September ini.

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR

Menurut writ dan penyataan tuntutan, Muhammad Sanusi didakwa mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur fitnah pada program Jelajah Mega PN Best yang diadakan pada 2 Ogos lalu di Dataran Darulaman, Jitra, Kedah.

Program jelajah tersebut adalah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri termasuk Kedah.

Vincent selaku plaintif pertama mendakwa Muhammad Sanusi yang dinamakan sebagai defendan telah kenyataan berbaur fitnah dan membuat rujukan yang spesifik terhadapnya pada program jelajah itu.

Sementara itu, Berjaya Land yang merupakan plaintif kedua dalam saman itu menyatakan walaupun tiada rujukan spesifik dibuat terhadap syarikat itu, kenyataan yang dibuat Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional itu mampu difahami bahawa ia merujuk kepada syarikat terbabit.

Kenyataan-kenyataan berbaur fitnah itu antara lain menggambarkan Vincent Tan atau nama penuhnya Vincent Tan Chee Yioun dan Berjaya Land antara lainnya merupakan seorang ahli perniagaan dan syarikat yang korup, kroni kepada bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan telah memperoleh tanah seluas 600 hektar secara percuma.

“Plaintif-plaintif dengan segala syarikat-syarikat yang berkaitan dengan mereka mempunyai jumlah hasil pendapatan gabungan sebanyak RM33.3 bilion.

“Kenyataan-kenyataan berbaur fitnah itu akan merosakkan dan mengakibatkan atau menyebabkan kerugian kewangan terhadap 67,367 orang pemegang-pemegang saham dalam BCorp dan 7,053 orang pemegang-pemegang saham dalam Berjaya Land.

“Kenyataan-kenyataan berbaur fitnah itu juga mampu merosakkan reputasi yang dimiliki kedua-dua dalam dunia perniagaan sama ada di dalam atau luar negara serta berpotensi menyebabkan plaintif-plaintif kehilangan keuntungan berjumlah jutaan ringgit,” dakwa kedua-dua plaintif dalam penyataan tuntutan itu.

Menurut penyataan tuntutan tersebut, Projek SMG membabitkan sebuah syarikat bertujuan khas, Landasan Lumayan Berjaya Sdn. Bhd. (LLBSB) menerusi usaha sama dengan Menteri Besar (Diperbadankan) (MBI).

LLBSB bukan sahaja perlu membayar premium tanah bernilai RM113.1 juta bahi lot-lit tanah tersebut tetapi juga mencari dana untuk membayar premium terbabit kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Oleh itu, Vincent dan Berjaya Land menuntut ganti rugi am, pampasan, teruk dan teladan yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Plaintif turut memohon perintah injunksi terhadap Muhammad Sanusi bagi menghalangnya ataupun ejen defendan daripada mengulangi kenyataan-kenyataan berbaur fitnah itu dalam apa jua medium.

Turut dimohon ialah faedah sebayak lima peratus dikenakan terhadap jumlah ganti rugi yang diputuskan mahkamah dari tarikh oenghakiman sehingga penyelesaian penuh, kos guaman dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya