Sanusi boleh 'claim', tapi itu fitnah - Fahmi Fadzil

Sanusi boleh ‘claim’, tapi itu fitnah – Fahmi Fadzil

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: “Dia (Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor) boleh ‘claim’ (dakwa), tapi itu fitnah,” kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berhubung naratif terbaharu dibawa pembangkang berhubung isu pelaburan RM25 bilion di Kulim, Kedah.

Fahmi berkata, semua pihak perlu memahami bahawa Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech) adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, kenyataan dibuat Muhammad Sanusi jelas satu fitnah dan ia harus diperbetulkan.

“Saya ingin jelaskan bahawa pelaburan RM25 bilion oleh firma Jerman, Infineon Technologies AG (Infineon) itu dibuat oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Dalam urusan tanah ia membabitkan kerajaan negeri tapi pelaburan yang masuk itu di bawah Kerajaan Pusat,” katanya ketika ditemui pada
Majlis Penyampaian Watikah Komuniti Madani Peringkat Zon Selatan Negeri Selangor 2023, di sini hari ini.

Sementara itu, Fahmi berkata, beliau juga mahu rakyat Kelantan tidak keliru dengan kenyataan dibuat Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berhuhung isu air di Kelantan.

Menurutnya, kenyataan Nik Zawawi bahawa air di bawah Kerajaan Pusat juga adalah satu fitnah kerana urusan air adalah di bawah pengurusan negeri.

“Saya rasa beliau kena teliti dan bincang balik dengan bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung perkara itu,” katanya.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi menjelaskan pelaburan RM25 bilion oleh Infineon Technologies AG dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah bukannya Kerajaan Pusat.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menjelaskan pelaburan itu dibawa masuk hasil rundingan Kerajaan Perpaduan dengan pelabur dari Jerman.

Anwar menjelaskan, keputusan itu dicapai setelah Kerajaan Negeri Kedah membuat rundingan selama 13 bulan, namun gagal mencapai kata putus.

Infineon sebelum ini mengumumkan rancangan syarikat untuk membina kilang di Kulim, Kedah bagi mengeluarkan 200 milimeter (mm) Power Fab SiC (silicon carbide) terbesar di dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya