Sanusi angkat sumpah Menteri Besar esok pagi?

Sanusi angkat sumpah Menteri Besar esok pagi?

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Majlis pelantikan serta upacara mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah Menteri Besar Kedah akan berlangsung pagi esok.

Majlis tersebut dijadualkan berlangsung di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah kira-kira pukul 10 pagi di Balai Menghadap Besar Istana Anak Bukit.

Bagaimanapun, setakat ini tidak menyatakan siapa individu yang akan dilantik ke jawatan tersebut.

Sementara itu, sumber memaklumkan kepada Utusan Malaysia bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Norizan Khazali telah menghadap Sultan Sallehuddin di pejabat Sultan Kedah, pagi ini.

Difahamkan, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor akan kekal menjadi Menteri Besar meskipun terdapat pihak tertentu yang membuat spekulasi kononnya beliau akan digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tokai, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman.

Kemungkinan untuk Muhammad Sanusi yang mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu mengekalkan jawatan tersebut diperkuatkan lagi dengan jemputan sidang akhbar beliau di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman pada pukul 11.30 pagi esok.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut mengumumkan keputusan parti itu untuk menamakan semula Muhammad Sanusi sebagai calon Menteri Besar sekiranya Perikatan Nasional (PN) menguasai Kedah.

Dalam pilihan raya negeri (PRN) yang berakhir semalam, PN yang diketuai Muhammad Sanusi mencatat kemenangan selesa di Kedah apabila menang di 33 daripada 36 DUN di negeri ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya