Samsuri, Sanusi kekal jawatan Menteri Besar  - Utusan Malaysia

Samsuri, Sanusi kekal jawatan Menteri Besar 

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar di Terengganu dan Kedah akan dikekalkan sekiranya Pas dan Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung esok.

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor akan kekal menjadi Menteri Besar di Kedah manakala Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kekal menerajui kepimpinan di Terengganu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, nama dua menteri besar sedia ada akan kekal tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan di kedua-dua negeri tersebut.

Menurutnya, cadangan tawaran itu merupakan keptusan Mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas Pusat di Rusila, Marang dekat sini, semalam.  

“Bagaimanapun, perubahan gabungan kepimpinan negeri Kelantan akan dilakukan dengan gabungan baharu iaitu seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat, juga tertakluk kepada perkenan Sultan Kelantan.

“Pas dengan ini menyeru semua pengundi untuk menunaikan tanggungjawab esok hari dengan memilih pemimpin yang prihatin, bersih dan berkebajikan daripada Pas dan PN.

“Kita juga berharap proses pilihan raya di enam negeri berjalan dengan aman dan lancar,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Ahmad Samsuri dilantik sebagai Menteri  Besar Terengganu yang baharu pada 10 Mei 2018 selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 manakala Samsuri pula mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah pada 17 Mei 2020.

Sanusi dilantik sebagai Menteri  Besar Kedah selepas Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir melepas jawatan tersebut pada hari sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya