Sako rancakkan industri komik Perak

Sako rancakkan industri komik Perak

ABU Abu Huzaifah Saharuddin memberi penerangan kepada peserta dalam bengkel lukisan iaitu antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Sako. - UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perniagaan yang dibangunkan berteraskan kemahiran unik pasti menjadi impian sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi produk terhasil sangat diminati ramai.

Itulah pencapaian dua orang pelukis komik atau kartunis, Mior Azhar Meor Said, 41, dan Abu Huzaifah Saharuddin, 35.

Selepas sama-sama terlibat sebagai aktivis komik menerusi Persatuan Penggiat Komik Malaysia (Pekomik), mereka menubuhkan Sahabat Komik Creative Solution (Sako) iaitu entiti perniagaan berkisarkan dunia kartunis.

Abu Huzaifah berkata, Sako yang ditubuhkan pada tahun 2020 menerapkan semangat untuk mengangkat penggiat komik tanah air.

Katanya, antara fokus syarikat ialah penerbitan komik bercetak dan online, rekaan grafik, percetakan bunting, risalah, penghasilan video dokumentari dan acara, serta laman sesawang.

Tambah, aktiviti terbabit dilengkapi dengan penganjuran pameran dan pertunjukan jalanan serta program pertandingan.

“Kami juga menganjurkan bengkel mendedahkan teknik lukisan kepada orang ramai.

“Lukisan kartun atau komik mempunyai nilai tersendiri. Ia boleh menyampaikan sesuatu penceritaan dan mesej yang mudah difahami dan menarik,” katanya.

Jelasnya, acara yang dianjurkan oleh Sako akan turut melibatkan ramai penggiat tempatan.

Kata Abu Huzaifah, sasaran Sako ialah menjadi syarikat pengurusan acara berkaitan kartun dan komik yang seterusnya mengangkat martabat seni kartun..

“Kami mahu membangunkan platform webkomik serta menerbitkan lebih banyak komik, secara tidak langsung akan memeriahkan industri kreatif dan membantu rakan-rakan penggiat kartun menambahkan pendapatan,” katanya.

Katanya, Sako juga melihat potensi menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan dan korporat dalam menganjurkan acara kartun dan komik.

Hasrat mereka berjaya mendapat perhatian Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, melalui People of Remarkable Talents (PORT) yang menaja beberapa aktiviti Sako selain turut menerima Dana Kreatif Perak (DKP) di bawah program Perak Sejahtera 2030.

Antara tajaan terkini ialah penyertaan di dalam Pesta Komik Bandung, Indonesia pada Jun 2023 yang bertujuan mempromosi hasil seni kartunis dari Perak ke peringkat antarabangsa.

Selain itu ialah pelancaran komik online sakocomic.com, Drink and Draw Jelajah Perak pada 2022 serta Docutoon: Jejak 12 pelukis kartun dan komik Perak, iaitu dokumentari berkenaan industri.

“DKP membuka peluang kami untuk cuba hasilkan aktiviti seni yang mungkin tidak mampu dibuat untuk perniagaan sedia ada

“Dana ini juga telah mengalakkan kami untuk menjayakan projek untuk mempromosi dan memartabatkan seni kartun dan komik di peringkat tempatan dan anatarabangsa,” katanya

Tambahnya, dia bersama bersama Mior Azhar merancang membangunkan studio bagi mereka mengembangkan lagi Sako. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya